Pink Bobblehead Bunny

Saturday, 16 March 2013

Pasrah Segalanya




DEHEART - PASRAH SEGALANYA


Pernah hati ini terguris 
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui 
SEgala apa yang terbuku di hati

C/O:Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci



Hayati setiap kata2 dalam lagu ni..lagu ni banyak pengajaran buat kita semua..mengajar kita untuk bersabar dengan setiap ujian hidup, mngajar kita agar redha dgn setiap dugaan sbb sebalik dugaan dan ujian tu pasti ada hikmahnya... sebab tu saya suka lagu ni... =)

Friday, 15 March 2013

Exam Mood



Dear all SMSU geng...
Good luck 4 da final exam..Semoga semua berjaya..
**Terus pandang ke hadapan jangan terasa terhalang utk berjaya kerana kesilapan masa silam..



Happy Birthday To Me



12 MAC Setiap bagi saya adalah tarikh keramat kerana ia merupakan hari ibu saya berjuang untuk melahirkan saya...
Alhamdulillah..Syukur tidak terhingga atas nikmat untuk terus hidup ini Ya Allah..Syukur ya Allah..Terima kasih kepada ibu bapa saya yg telah mbesarkan saya..Terima kasih juga kepada abg dan kakak saya dgn kasih syg mereka kpd saya...Terima kasih juga kepada teman2 semua...


Thursday, 7 March 2013

Salam Jumaat

Assalamualaikum...
Salam Jumaat buat semua..Alhamdulillah kita masih di izin kan ALLAH SWT untuk terus beramal kepadaNYA...syukur ya ALLAH...Setiap nafas kita di muka bumi ini adalah sesuatu yang paling berharga sekali..Oleh itu bersyukur lah kepada NYA...Dengan keberkatan hari Jumaat ini saya berharap dan berdoa agak hari ini lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini...Amin..

kembali semula ke alam maya

Assalamualaikum...
Akhirnya saya kembali semula kealam maya setelah hampir setahun lebih menyepi diri...dengan kalimah بسم الله الرحمن الرحيم saya memulakan semula bicara di alam maya...semoga semua bicara serta tutur kata selepas ini hanya mendatangkan kebaikan buat semua serta mendapat keberkatan oleh Allah swt....Insya Allah...