Pink Bobblehead Bunny

Wednesday, 7 October 2015


PERSIMPANGAN 




Dalam keghairahan kau berjalan sendirian di satu jalan yang lurus...akan ada satu ketika kau terjumpa satu persimpangan..kau mula resah membuat pilihan..kiri atau kanan..




Persimpangan itu akan buatkan kau terduduk sejenak untuk berfikir..bila kau sudah mampu membuat pilihan..kau beranikan diri untuk melangkah ke persimpangan pilihan kau sendiri..di awal perjalanan jalan itu nampak lurus sehingga kau mula merasakan jalan yang kau pilih itu adalah jalan yang betul dan lurus..tapi perjalanan kau tidak seindah di awal persimpangan tadi bila kau mula berjumpa satu persatu selekoh yang tajam..kau mula berjumpa dengan lopak di jalanan..kau mula berjumpa jalan yang sempit..ketika itu hati kau mula merasakan persimpangan yang bukan pilihan kau tadi ialah jalan yang lurus..tapi kau teruskan jua perjalanan kau walaupun kau tahu jalan itu penuh dengan dugaan..sampai di satu persimpangan kecil..telinga kau mula terdengar bunyi ombak..kau mula merasakan tiupan angin yang kuat..sehinggalah di persimpangan kecil itu mata kau silau kerana pantulan cahaya matahari pada air pantai..kau tiba-tiba menjadi patung..berdiri terpaku melihat pemandangan indah..senyuman mula terukir..kau menghampiri pantai dengan kegembiraan sehingga hilang kepenatan dan kesakitan yang kau rasa sepanjang perjalanan...kau duduk di tepian sambil menikmati ciptaan Allah..






dan tiba-tiba..kau mula terfikir akan persimpangan yang bukan menjadi pilihan kau tadi..jika jalan berliku ini adalah satu-satunya jalan untuk ke sini..kemana pula arah persimpangan bukan pilihan kau tadi? adakah itu jalan yang lurus yang diperkata-katakan selama ini?  perasaan ingin tahu semakin menebal..dan kerana itu kau mula mengambil keputusan itu berpatah balik ke persimpangan tersebut dan masuk ke persimpangan lurus itu..memang benar tekaan kau..memang itu lah jalan yang lurus itu..jalan yang jauh bezanya dengan jalan yang kau pilih pada mulanya..tapi..jalan yang lurus itu akhirnya menemui jalan mati...




Thursday, 4 June 2015


SMILE BE STRONG


Bercakap bukan sekadar bercakap..bercakap biar berisi..ada bezanya antara bercakap sekadar bercakap ikut hawa nafsu dengan bercakap berilmu walaupun bercakap untuk menunjukkan kemarahan terhadap sesuatu...


Membalas bukan sekadar membalas..membalas biar berguna..bukan sekadar mengikut hawa nafsu amarah semata-mata...


Dicaci dihina dikutuk diperbodohkan dipermainkan bukan peluang atau alasan yang membenarkan kita untuk terus membalas...kadang-kadang bersabar dan terus bersabar itu lebih baik dari bercakap dan membalas...


Diam bukan bermaksud kita kalah mahupun salah..tapi diam kerana kita telah menang dengan musuh besar manusia iaitu hawa nafsu..




Belum tentu jika di balas kita menang dan belum tentu jika kita bercakap keadaan akan menjadi betul...kadang-kadang bercakap dengan orang yang hanya ikut hawa nafsu amarah semata-mata tak ubah macam bercakap dengan tiang...kita cakap lah banyak manapun nasihatlah berbakul-bakul marah seteruk manapun sekali pun langsung tak memberi kesan..yang sakitnya pada diri kita sendiri..



Jangan jadi bodoh...biar kita yang bodohkan tapi jangan kita yang bodohkan orang..sebab kalau kita diperbodohkan belum tentu kita bodoh tapi kalau kita bodohkan orang dah tentu kita bodoh...


Biar kita bangga menang di mata Allah jangan kita bangga menang di mata manusia..kerana ganjaran menang di mata Allah lebih tinggi berbanding menang di mata manusia...jangan takut untuk terus ke depan biarpun dikutuk dihina dicaci diperbodohkan atau dipermainkan kerana dunia ini tidak ada apa milik kita semuanya milik Allah SWT...


Sampai satu  ketika nanti  kita tetap berada di dalam tanah jua tidak kira menang atau kalah...