SMILE BE STRONG
Bercakap bukan sekadar bercakap..bercakap biar berisi..ada bezanya antara bercakap sekadar bercakap ikut hawa nafsu dengan bercakap berilmu walaupun bercakap untuk menunjukkan kemarahan terhadap sesuatu...
Membalas bukan sekadar membalas..membalas biar berguna..bukan sekadar mengikut hawa nafsu amarah semata-mata...
Dicaci dihina dikutuk diperbodohkan dipermainkan bukan peluang atau alasan yang membenarkan kita untuk terus membalas...kadang-kadang bersabar dan terus bersabar itu lebih baik dari bercakap dan membalas...
Diam bukan bermaksud kita kalah mahupun salah..tapi diam kerana kita telah menang dengan musuh besar manusia iaitu hawa nafsu..
Belum tentu jika di balas kita menang dan belum tentu jika kita bercakap keadaan akan menjadi betul...kadang-kadang bercakap dengan orang yang hanya ikut hawa nafsu amarah semata-mata tak ubah macam bercakap dengan tiang...kita cakap lah banyak manapun nasihatlah berbakul-bakul marah seteruk manapun sekali pun langsung tak memberi kesan..yang sakitnya pada diri kita sendiri..
Jangan jadi bodoh...biar kita yang bodohkan tapi jangan kita yang bodohkan orang..sebab kalau kita diperbodohkan belum tentu kita bodoh tapi kalau kita bodohkan orang dah tentu kita bodoh...
Biar kita bangga menang di mata Allah jangan kita bangga menang di mata manusia..kerana ganjaran menang di mata Allah lebih tinggi berbanding menang di mata manusia...jangan takut untuk terus ke depan biarpun dikutuk dihina dicaci diperbodohkan atau dipermainkan kerana dunia ini tidak ada apa milik kita semuanya milik Allah SWT...
Sampai satu ketika nanti kita tetap berada di dalam tanah jua tidak kira menang atau kalah...